Monday, December 6, 2010

KUALA LUMPUR (PART ONE - LRT)

Alhamdulillah, bersyukur kerana aku masih mampu bernafas dan mampu menaip untuk berkongsi pengalaman aku berada di Kuala Lumpur. Post kali ni aku ingin berkongsi pengalamanku di dalam Light Railway Transit (LRT) ataupun Transit aliran ringan dalam bahasa melayu ataupun kereta api laju dalam bahasa kampung.

27 November 2010, tarikh permulaan hidup di Kuala Lumpur. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan yang penuh dengan suka dan duka. Ini bukan pertama kali aku berkunjung ke KL namun pengalaman untuk tinggal di KL melebihi tempoh 2 hari 1 malam adalah pengalaman baru bagiku. Tiga bulan, tempoh minimum yang aku abiskan untuk menjadi warga KL. Sebelum ni, bas dan kereta menjadi pengangkutan utama aku untuk bergerak kemana-mana, namun di KL, aku kini membiasakan diriku dengan LRT dan pengalamannya memang menyeronokkan.


Go to fullsize image
Pengalaman menaiki LRT membolehkanku menikmati pemandangan indah KL serta ragam dan kerenah manusia. Sepanjang keberadaanku di dalam LRT pada awal pagi dan lewat petang, banyak muka-muka baru yang ku temui terdiri dari pelbagai bangsa baik rakyat tempatan mahupun rakyat asing. Dalam setiap raut wajah yang ku temui amat susah bagi aku untuk menemui seraut senyuman pada wajah mereka. Aku membuat kesimpulan sendiri mereka mesti dalam kepenatan, sedang terfikir-fikir sesuatu mungkin masalah yang dihadapi. Bagi diriku yang masuk hari kesepuluh berada di sini, aku masih mampu tersenyum mungkin tekanan masih belum kurasai.

Go to fullsize image
Ada kalanya aku tersenyum sendirian setiap kali melihat orang tersengguk-sengguk dalam LRT. Ada yang terlepas stesen, ada yang tersalah menaiki LRT, berlari-lari untuk menaiki LRT dan macam-macam lagi. Aku tersenyum bukan kerana mentertawakan mereka tetapi mentertawakan diriku sendiri. Aku pun seperti mereka pada kali pertama aku menggunakan pengangkutan awam ini. Teringat kali pertamaku dalam LRT, tiket kupegang erat, aku bersandar kaku pada tiang, mata hanya tertumpu pada satu arah sahaja iaitu peta laluan perjalanan berharap diriku tidak tersalah laluan dan tidak terlepas stesen. Pernah terjadi gara-gara terleka aku nyaris-nyaris terlepas stesen, nasib aku tersedar dan sempat keluar dari LRT sebelum pintu tertutup kalau tidak mesti selepas itu aku akan jadi panik tak tahu nak buat apa. Biasalah aku ni memang terkenal dengan sikap cepat gabra dan panik. Namun pengalaman tersebut sangat seronok.

Akhir kata inginku berpesan tapi bukan pesanan buat kekasih macam lagu Spring tu tp pesanan buat semua penumpang LRT "senyumlah. Hanya dengan senyuman anda itu anda akan berasa bahagia, semua masalah akan hilang begitu sahaja. Senyum kan sedekah" 

2 comments:

  1. keh keh keh.. lawak la citer ni.
    tp pengalaman ni km pon penah rasa gak. asyik tgk laluan stesen sampai xdengar dah stesen mana yg dah sampai..
    bg km la lrt ni kan adalah jiwa penduduk kl ni. tanpa lrt maka xberjalan la satu area ni.. lg2 mcm penduduk miskin mcm km ni, nak nek teksi takut kene cekik darah, nk wat camne, lrt pon lrt lah, walau sesibuk mane pon die sampai 3 bulan lg lrt je lah di hatiku...

    ReplyDelete
  2. betul3..ala mule2 mmg akn jd cmni..lame2 nnt bese la..blh hafal dh sume tmpt kt kl ni..kompem rilex je lps ni

    ReplyDelete